Make your own free website on Tripod.com
PENGENALAN LAMAN WEB

Komponen Utama

Home | kelebihan Internet | Komponen Utama | Kemudahan Pelayan | Pangkalan Data

Komponen Utama Laman Web
 
SENARAI KOMPONEN UTAMA

TEKS

Teks merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami serta membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua symbol, huruf, abjad, nombor, statistic dan pelbagai jenis tulisan dan font yang menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat.

Dalam teknologi laman web, teks turut memainkan peranan penting dalam menyalurkan informasi kepada pengguna. Ianya amat penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan kepada pengguna. Penggunaan teks juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-elemen yang lain dan gabungan penggunaan komponen-kompoenen ini menjanjikan penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh.

Imej
 

Di dalam laman web, imej adalah dalam bentuk digital. Semua imej digital disimpan, diproses dan dipaparkan di komputer. Unit asas bagi imej digital ialah piksel yang merupakan unit diskrit bagi koordinat spatial 2D. Resolusi imej dipengaruhi oleh bilangan piksel yang terkandung di dalam suatu imej digital yang merupakan produk dimensi imej. Resolusi mempunyai kesan langsung terhadap jumlah keterperincian data yang dipunyai oleh imej digital tersebut. Pada resolusi tinggi, keterperincian data lebih nyata dan tajam. Pada resolusi rendah, keterperincian dan kedalaman imej/gambar akan hilang. Piksel-piksel individu jelas kelihatan.

Imej berwarna diwakili dengan system warna seperti RGB, CMY, CMYK dan HSB. Format imej pula kebiasaannya adalah dalam bentuk TIFF, GIF, JPEG, PNG dan lain-lain.

Grafik

Grafik dalam laman web merujuk kepada sebarang paparan visual atau gambar dalam bentuk format seperti JPEG, GIFF,TIF dan lain-lain. Grafik merupakan komponen yang sangat penting bagi memberi penekanan atau motivasi dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesanmemandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual.
 

Pautan


Elemen pautan digunakan untuk menakrif perhubungan antara dokumen semasa dan fail lain. Elemen pautan dalam seksyen head adalah tidak sama seperti pautan antara dokumen HTML di bahagian body.

Beberapa jenis pautan dalam suatu dokumen dapat dicipta:

-
Pautan ke dokumen atau fail, seperti grafik, tayangan, PDF, atau fail bunyi.
-Pautan anchor bernama, yang mana melompat ke lokasi tertentu dalam suatu dokumen.
-Pautan e-mail, yang mencipta mesej e-mail kosong baru dengan alamat penerima yang sedia isi.
-Pautan-pautan skrip dan null, yang mana membenarkan lampiran behaviors pada satu objek atau   mencipta pautan yang melaksanakan kod JavaScript.

Pemetaan


Semasa merekabentuk tapak web, kita perlu memikirkan apa yang kita mahu pengguna kita alami semasa melayari tapak. Fikirkan bagaimana pengunjung tapak kita dapat bergerak dari satu kawasan ke kawasan atau bahagian lain. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
-Pengunjung perlu tahu dengan mudah di mana mereka berada dalam tapak dan bagaimana untuk kembali ke mukasurat utama.
-Pencarian dan Indeks manjadikan pengguna lebih mudah mencari sebarang maklumat yang dicari.
-Maklum balas menyediakan cara untuk pengunjung menghubungi web master jika ada sebarang masalah pada tapak, dan untuk menghubungi kumpulan orang-orang tertentu yang terlibat dengan syarikat atau tapak.
 

Borang


Borang membenarkan pengguna berinteraksi dengan kumpulan maklumat dari pengunjung tapak. Sebagai contoh, meminta nama dan alamat email pengguna, atau meminta pengguna menjalani survey, menandatangan buku pelawat, atau menyediakan maklum balas di tapak.
Borang mempunyai dua bahagian : Kod Sumber HTML menerangkan borang (sebagai contoh, ruang, label, dan butang yang dilihat oleh pengguna pada mukasurat), dan skrip atau aplikasi untuk memproses maklumat yang dihantar seperti skrip CGI. Data boleh dikumpul tanpa menggunakan skrip pemprosesan.

 

Audio

Dalam menghasilkan suatu proses penyampaian maklumat yang lebih berkesan, elemen audio juga dapat memainkan peranan dalam memantapkan lagi proses persembahan maklumat tersebut. Komponen audio ini digunakan bagi membantu menyampaikan persembahan yang lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu mewujudkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Audio juga mampu meningkatkan daya tarikan terhadap suatu persembahan. Penggunaan komponen ini mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Video

Dalam persembahan laman web, video merupakan antara sumber yang dikatakan paling dinamik di dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Unsur video yang digunakan dalam sesuatu proses penyampaian atau persembahan maklumat membawa satu perubahan yang besar terhadap kaedah penyaluran maklumat yang mana kebanyakkan video mampu membawa unsure realistic atau keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih nyata.

Di dalam bidang pendidikan, elemen video ini mampu mempengaruhi motivasi pelajar terhadap sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kalau dikaji dari sudut teori pembelajaran, seseorang itu akan belajar melalui proses pengalaman dan pengamatan. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam suatu proses penyaluran maklumat memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi struktur kognitif seseorang. Ini adalah kerana ianya akan memberikan peluang untuk seseorang menimba pengalaman dan melakukan proses pengamatan yang diperlukan oleh pelajar.

Animasi
 

Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan susuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Pada masa ini, animasi digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kehidupan manusia seperti hiburan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Penggunaan animasi semakin mendapat temapt kerana ianya mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia kepada reality. Ianya juga membolehkan susuatu yang agak mustahil untuk diterangkan dengan hanya menggunakan perkataan atau imej-imej statik disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan melalui penggunaan animasi.

Kehadiran animasi dalam suatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan sesuatu proses penyampaian. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistic berbanding penggunaan teks semata-mata. Di samping itu, ianya juga mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT